Monday, February 16, 2009

Panduan dan cara menyediakan benih semaian padi

1.Buat pemilihan benih dengan menggunakan air garam (specific gravity 1.06) .Pilih benih yang bernas sahaja.Buang hampa dan toskan dalam guni atau beg benih yang biasa digunakan.

2.Rendam benih selama 24 jam.Semasa merendam bolehlah dicampurkan racun kulat dan penggalak



percambahan e.g Zappa Plus 2000 ml(2 liter) bagi 200 kilogram benih padi.


3.Toskan benih selama 24 jam .Tutupkan dengan guni atau kanvas.

4.Periksa benih yang telah ditoskan samada telah mengeluarkan tunas atau pecah mata.Sekiranya perkara ini telah berlaku maka benih ini amat sesuai untuk kerja-kerja menyemai.

5.Bersihkan dulang semaian dan susun di tempat menyemai.

Ukuran dulang semaian yang biasa digunakan ialah 30cm x 60cm.

6.Periksa mesin menyemai, bekalan air dan bekalan elektrik.

7.Sediakan arang sekam yang secukupnya.Anggaran keperluan arang sekam untuk 10 beg benih ialah 65 beg arang sekam (purata berat sebeg ialah 15-20 kg.)

9.Dulang yang telah disemai hendaklah disusun setinggi 20 dulang sahaja. Jangan terlalu tinggi kerana akan tumbang semasa tunas keluar.

10.Peram selama 24 jam dan siram dua kali pagi dan petang.Pilih tempat yang sesuai untuk memeram dan jangan dedahkan kepada panas yang terik.

11.Setelah tunas keluar sepanjang lebih kurang 1.0-1.5 cm bentang di tapak semaian .

12.Masukkan air perlahan-lahan sehingga separuh ketinggian dulang semaian.Jangan tenggelamkan dulang semaian.Adalah lebih baik disiram dulang dari atas menggunakan shower sehingga basah.

13.Kawal air di tapak semaian supaya akar yang terbentuk didalam dulang sesuai untuk kerja-kerja menanam di sawah.Adalah disyorkan supaya air dimasukkan atau dibuang dua hari sekali.

14.Setelah berumur 14 hari anak benih adalah sesuai untuk penanaman di sawah.

1 comment: