Monday, February 16, 2009

mari membajak



PEMBAJAKAN TANAH

adalah bertujuan untuk menyediakan persekitaran tanah yang baik untuk kesempurnaan penapakan, pertumbuhan dan pembesaran pokok padi.ia juga bertujuan untuk membaiki pengudaraan tanah serta membentuk lapisan tanah yang halus dibahagian tanah.

BAJAK PERTAMA :

1)Untuk membasmi tunggul padi dan rumpai serta menggalakkan proses pereputan bahan-bahan tersebut.
2)Boleh dilakukan dalam keadaan kering atau basah.
3)Menggunakan traktor berkekuatan 60 k.k bersama dengan alat rotavator atau alat bajak putar bersaiz 2.5 cm (100inci) di kawasan yang kandungan tanah liat yang rendah.
4)Bajak putar yang lebih pendek akan digunakan sekiranya kandungan tanah liatnya lebih tinggi.


BAJAK KEDUA :

1)Untuk membalik dan melumatkan tanah.
2)Menggunakan traktor dan alatan bajak yang sama seperti bajak pertama.
3)Tahap kelumatan tanah adalah mengikut sukatan jatuhan kon kedalam tanah antara 4-8 cm.
4)Jika tahap kelumatan ini tidak tercapai, bajak ulangan (bajak ketiga dan seterusnya) perlu dilakukan.

BADAI :

1)Untuk merata dan melicinkan permukaan tanah dan dilaksanakan selepas bajak kedua atau ketiga.
2)Menggunakan traktor berkekuatan 30-40 k.k ataupun traktor pejalan kaki (10-20 k.k)
3)Alat yang digunakan ialah sikat pemacu (`drive harrow’) bagi traktor dan badai bagi traktor pejalan kaki.
4)Sebaik-baiknya bajak terakhir hendaklah tidak lebih daripada satu hari sebelum tabur benih.

Panduan dan cara menyediakan benih semaian padi

1.Buat pemilihan benih dengan menggunakan air garam (specific gravity 1.06) .Pilih benih yang bernas sahaja.Buang hampa dan toskan dalam guni atau beg benih yang biasa digunakan.

2.Rendam benih selama 24 jam.Semasa merendam bolehlah dicampurkan racun kulat dan penggalak



percambahan e.g Zappa Plus 2000 ml(2 liter) bagi 200 kilogram benih padi.


3.Toskan benih selama 24 jam .Tutupkan dengan guni atau kanvas.

4.Periksa benih yang telah ditoskan samada telah mengeluarkan tunas atau pecah mata.Sekiranya perkara ini telah berlaku maka benih ini amat sesuai untuk kerja-kerja menyemai.

5.Bersihkan dulang semaian dan susun di tempat menyemai.

Ukuran dulang semaian yang biasa digunakan ialah 30cm x 60cm.

6.Periksa mesin menyemai, bekalan air dan bekalan elektrik.

7.Sediakan arang sekam yang secukupnya.Anggaran keperluan arang sekam untuk 10 beg benih ialah 65 beg arang sekam (purata berat sebeg ialah 15-20 kg.)

9.Dulang yang telah disemai hendaklah disusun setinggi 20 dulang sahaja. Jangan terlalu tinggi kerana akan tumbang semasa tunas keluar.

10.Peram selama 24 jam dan siram dua kali pagi dan petang.Pilih tempat yang sesuai untuk memeram dan jangan dedahkan kepada panas yang terik.

11.Setelah tunas keluar sepanjang lebih kurang 1.0-1.5 cm bentang di tapak semaian .

12.Masukkan air perlahan-lahan sehingga separuh ketinggian dulang semaian.Jangan tenggelamkan dulang semaian.Adalah lebih baik disiram dulang dari atas menggunakan shower sehingga basah.

13.Kawal air di tapak semaian supaya akar yang terbentuk didalam dulang sesuai untuk kerja-kerja menanam di sawah.Adalah disyorkan supaya air dimasukkan atau dibuang dua hari sekali.

14.Setelah berumur 14 hari anak benih adalah sesuai untuk penanaman di sawah.

Friday, February 6, 2009

testing..

assalamualaikum...
alhamdulillah, terlahir blog aku yang sulung pada 07.02.09 hari sabtu pukul 12.25pm